Tentang Kami Teraju Utama Lesen & Sijil Rakan Niaga & Pelanggan

Teraju Utama

Arizal Ariffin, Pengarah Urusan

Berkelulusan Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan dari Politeknik Shah Alam, dan turut memiliki Sijil Kejuruteraan Pengagihan Gas dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pernah bekerja sebagai jurutera perunding selama lebih 8 tahun dan pernah menggalas tugas sebagai kontraktor utama bagi sebuah projek di Arab Saudi selama 2 tahun. Kini bertanggungjawab sebagai Pengarah Urusan Eura Crew dan telah menerajui syarikat selama 3 tahun serta telah berjaya menjalinkan hubungan baik dalam usahasama dengan beberapa syarikat konglomerat industri pembinaan tempatan.

Zulkifli Zamri, Pengarah Eksekutif

Berkelulusan Diploma Teknologi Kuasa Elektrik daripada Kolej Kemahiran Tinggi Mara Pasir Mas Kelantan (Usahasama Bersama UTM Skudai) serta Sijil Pendawaian Kompeten daripada Suruhanjaya Tenaga. Memiliki pengalaman selama lebih 9 tahun dalam bidang kejuruteraan elektrik dan 3 tahun dalam bidang jurutera perunding bersama beberapa syarikat kejuruteraan perunding. Telah berkhidmat bersama Eura dan menguruskan beberapa projek dalam bidang elektrikal dan LV untuk universiti, sekolah, kondominium, hospital dan sebagainya; juga bertindak sebagai estimator / QS bagi syarikat.

Suzianarita Bakar, Pengarah / Akauntan

Telah berkhidmat selama hampir 2 tahun bersama Eura Crew sebagai Pengarah, Akauntan dan Pentadbiran, serta bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pentadbiran dan kewangan syarikat. Berkelulusan Diploma of Land Surveyor dan Certificate of UBS, serta berpengalaman selama lebih 12 tahun dalam bidang perakaunan dan pentadbiran. Pernah bertugas di A-Plus Project Management Sdn. Bhd. (2003-05) dan Perunding Juruwas (2005-12), turut mempunyai hubungan baik dengan beberapa syarikat korporat lain seperti JUB Ikatan Sepakat, Kuasatek, Ukay Jaya dan termasuklah Perunding Juruwas.

Mohd Ariff Ariffin, Pengurus Projek

Berkelulusan Diploma Kejuruteraan Mekatronik dari Politeknik Ungku Omar Ipoh dan turut memiliki Sijil Instrument, Measurement & Calibration Technology dari Pusat Pembangunan Tenaga Industri Johor (PUSPATRI). Berpengalaman bekerja sebagai E&I Electrician di Gulf Interglen Co. Ltd. dalam projek pembinaan Petrol Chemical Plant di Jubail, Arab Saudi selama 2 tahun dan kini telah bertugas sebagai Pengurus Projek bagi Eura Crew selama lebih 5 tahun. Antara projek yang pernah diuruskan adalah seperti pendawaian semula elektrik di Kuarters JKR, pengubahsuaian ruang pejabat JKR Kuala Lumpur dan kerja-kerja menaiktaraf bagi bangunan lama MPOB.