Tentang Kami Teraju Utama Lesen & Sijil Rakan Niaga & Pelanggan

Eura Crew & Eura Enterprise


EURA CREW SDN. BHD. (sebelum ini dikenali sebagai Eura Enterprise sejak 8 Januari 2007) dan subsidarinya EURA ENTERPRISE adalah kumpulan syarikat milikan penuh Bumiputra; dan beroperasi di Setapak, Kuala Lumpur. Fokus perkhidmatan dan kepakaran kami adalah di dalam bidang kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan sivil.

Dalam menepati keperluan dan syarat bagi sebuah syarikat pembinaan yang berkelayakan, pelbagai sijil dan pentauliahan telah kami perolehi seperti pentauliahan lesen oleh Suruhanjaya Tenaga bagi kerja-kerja elektrik; serta berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Telekom Malaysia (TM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Bagi memenuhi keperluan dan kriteria sebuah syarikat yang berdaya saing dalam menghadapi cabaran industri pembinaan dan pembangunan yang kian pesat di Malaysia pada hari ini, kami membariskan tenaga kerja tempatan yang terdiri daripada jurutera, juruteknik dan kontraktor yang bertauliah dan berpengalaman dalam bidang masing-masing yang mampu memikul tugas dan tanggungjawab dengan baik serta berdedikasi.

Reputasi dan kemampuan kami diukur daripada pengalaman kami yang luas dalam menguruskan pelbagai projek berskala kecil, sederhana dan besar. Di antaranya adalah seperti projek-projek pejabat komersil kerajaan, perumahan tempatan, kemudahan infrastruktur, hospital, kerja menaiktaraf dan sebagainya. Kami juga mempunyai hubungan yang baik dengan beberapa syarikat pakar pembinaan tempatan dan pembekal yang membolehkan kami bergerak dengan lancar bagi bersaing untuk merebut peluang dalam pasaran tempatan.

Muat turun profil syarikat kami di sini